05 December 2014

Keburukan Vitamin C Shaklee. Memang Buruk !

Assaalamualaikum semua.. Diharapkan sihat senantiasa bersama tersayangg :) InsyaAllah. Seperti ramai yang sedia tahu, saya merupakan pengedar sah Shaklee (Shaklee Independent Distributor). Shaklee merupakan produk yang diyakini HALAL & telah diuji secara klinikal keberkesanannya. Baik untuk kesihatan dalaman anda. 

Okay, mesti semua tertanya tanya kenapa tajuk hari ni macam SERAM je kan. Kenapa keburukan ? Err. Hehe. Memang buruk laa pada siapa yang tidak sedar akan kelebihan atau kepentingan Vitamin C untuk tubuh badan. Badan kita memerlukan Vitamin C kerana ianya;

1) Sebagai antioksidan yang penting
2) Pemulihan luka dan melecur
3) Pembinaan kolagen dalam badan
4) Membantu tumbesaran tisu tubuh manusia
5) Membantu penghasilan hormon
6) Membantu penghasilan Protein untuk sistem immuniti tubuh
7) Membantu pencegahan kanser, strok, sakit jantung koronari, jangkitan kuman yang teruk,
8) Membantu mengurangkan kolestrol darah LDL dan menambahy kolestrol HDL (baik)
9) Membantu mencegah atherosclerosis (mendapan kolestrol pada dinding saluran darah)
10) Mencegah lebam (bruises) dan pendarahan dari gusi atau hidung tanpa sebab
11) Membantu memelihara kulit yang sihat dan cerah
12) Mencegah penyakit katarak (cataract) mata
13) Membantu mengawal tekanan darah tinggi
14) Membantu mengawal dan megurangkan selsema




See. Nampak tak keburukan bila kita tidak mementingkan keperluan Vitamin C dalam badan kita ?
 Semoga info ini berguna untuk semua. InsyaAllah <3


Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi : 

Yana Shaklee Independent Distributor 
ID No : 985609

COD : Tampin, Alor Gajah, Ayer Keroh, Melaka
Whatapps/SMS : 017-2945929
Email : nazatullyana@gmail.com

21 November 2014

Hidup Rumit ?

Assalamualaikum kesayangan... Apa khabar semua ? Diharapkan berada dalam keadaan sihat hendaknya.. InsyaAllah.. Kehidupan ni rumit ? Siapa pernah dengar seseorang berkata sedemikian ? Atau siapa yang tidak henti henti mengulangi ayat yang sama saban hari ? Allah. Allah. Kehidupan ni Allah dah plan yg terbaik untuk setiap hambaNya. Kadang, Allah swt datangkan kesusahan bukan untuk menyusahkan kita, tapi itulah namanya Ujian. Tidak menarik jika sebuah kehidupan terusan diberi kebahagiaan, kesenangan tanpa kesusahan kan ? Jadi, ingat. Allah swt datangkan ujian tu  dengan beribu sebab. Mungkin salah satunya untuk jadikan kita beringat, kita hidup bukan hanya didunia, bukan untuk mengejar dunia. Tapi, akhirat 1000 kali lebih penting & wajib untuk di kejar. Akhirat tempat kebahagiaan semua umat islam. Percayakan ? 

30 September 2014

How Life....


Bismilahirahmanirahim.. 

YaAllah. Terlalu lama rasanya blog kesayangan ini tidak di update. Sungguh aku cuba untuk mencari masa supaya ada masa untuk aku menulis. Tapi semakin aku mencari, semakin masa itu hilang lenyap, semakin aku mengejar masa, semakin pantas ia meninggalkan aku. Kerja harian di office juga di rumah seakan memanggil manggil meminta dibelai dan dimanja. Berkejar kejaran aku seharian menyiapkan segala yang tertangguh. Kadang aku duduk dan terfikir, sampai bila ia harus begini. Namun jawapannya hanya senyuman. :)

Kesibukanku tidak bermakna ia tidak menarik. Terlalu banyak cerita tercoret samada gembira, bahagia, sedih, duka, marah menggambarkan perasaanku terhadap cerita tersebut. Hari meninggalkan dengan 1001 kenangan. Kenangan yang hanya mampu dikenang dan tidak boleh diubah walau secebis zarah sekalipun. 

Dalam hidup walau kenangan atau pengalaman itu terlalu pedih untuk di kenang, ia mungkin boleh dijadikan pengalaman supaya kita menjadi manusia yang sentiasa beringat. Somehow, kenangan atau pengalaman itu sendiri akan create siapa kita hari ini. Jadi, jangan menyesali betapa buruknya kenangan tersebut. Enjoy ur life.

Sekian coretan ku hari ini. Semoga bertemu kembali :)

People live in Present, Learn from the Past, Planning for Future.